Che Gayah's Speciality

Che Gayah's Speciality
Berdoa Untuk MH370

Saturday 11 February 2012

JIMK lagi!

10 reason why...... JODOH ITU MILIK KITA


10 reason why I seriously ♥♥♥♥ JODOH ITU MILIK KITA karya Sara Aisha!!

~ Satu : Sebab cover dia yang simple yet menawan! Walaupun ada yg kata macam kad kahwin tapi bg Ida itu yg membuatkan cover JIMK istimewa di mata Ida. Simple tak semestinya tak ada idea kan? Cover novel tu melambangkan isi di dalamnya.
~ Dua : Sebab penulisnya. Kenapa? Walaupun hanya mengenali Sara Aisha dalam tempoh yang singkat,waktu JIMK masih dalam proses nak di terbitkan,tetapi bagi Ida perkenalan singkat atau panjang bukan penyebab buat kita mengenali hati budi seseorang. Ida dapat mengenali dia dari cara dia menulis setiap patah perkataan waktu dia tandatangan novel JIMK buat setiap pembaca JIMK yang bertuah. Each and every words is different,for all of us. For that single reason only,I know that she is a good person.who know how to appreciate others.
~ Tiga : Tajuk JIMK itu sendiri.” Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita,jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali”
~ Empat : Dahlia Darius,gadis comel yang amat menghormati orang tua,sanggup bertunang dengan Syafiq,lelaki yg tidak di kenali hanya kerana menghormati ibu Syafiq. Tetapi andai jodoh bukan milik mereka,tidak akan bersatu jua.Suka dengan watak Dahlia ni,rasa macam Sara Aisha pulak si Dahlia ni,kan? ^_^
~ Lima : Jodoh Dahlia dengan Aariz. Andai jodoh itu rahsiaNya,walau mereka tidak pernah bersua,siapalah kita untuk menolaknya. Syafiq lari di hari perkahwinan mereka,meninggalkan Dahlia keseorangan… [ ada jugak lelaki macam ni kan…hailah Shafiq!] Tapi thanks to Syafiq juga Dahlia akhirnya bertemu jodoh dengan Aariz!!
~ Enam : Aariz Danial aka Ezequiel Ferdinand Mendoza. Lelaki yang penuh dengan kisah derita yang di alaminya sewaktu tempoh membesar. Penuh rasa rendah diri dengan keadaan dirinya hingga menghalang dia menggapai kebahagian yang sudah terbentang di depan mata.Kebahagian yang bernama Dahlia.
~ Tujuh : Shafiq! Jahatnya ya ampun…Rasa nak tampar kiri kanan dia ni.Cemburu yang tidak bertempat.Lebih lebih lagi dengan Aariz sendiri pulak tu. Tetapi bila kita dah baca habis kita dapat rasai yang dia sebenarnya yang paling terluka dengan perbuatannya sendiri.
~ Lapan : Sedih bila baca part part bilamana Dahlia dan Aariz masing masing berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan mereka,bahagia buat seketika,terpisah buat sementara. Namun akhirnya,they live happily ever after…hahaha
~ Sembilan : Pengajaran buat kita bersama,bayi yang di lahirkan ibarat kain putih yang bersih,bebas dari segala dosa yang di lakukan oleh ibu bapa mereka. Jangan sesekali kita menghukum seseorang hanya kerana asal usul mereka.
~ Sepuluh : All in all,semua rasa ada dalam naskah JIMK ini.Bahagia, derita, ketawa, airmata,suka dan duka. Lengkap segala perasa.

Tak percaya? Tak kisah pun sebenarnya sebab Ida tulis apa yang Ida rasa, mungkin sesetengah akan berkata,betul ke? So, kalau nak rasa apa yang Ida rasa,dapatkan naskah JIMK anda sekarang. Kalau dah baca masih juga tak temui rasa itu,ketahuilah bahawa setiap pembaca berhak menyukai novel mengikut citarasa masing masing.
Tahniah buat Penerbit KaryaSeni sebab sekali lagi berjaya menerbitkan novel yg baik dr segala sudut. Ada juga kesilapan ejaan yang boleh di perbaiki untuk cetakan seterusnya.

Akhir kata : Mahal kita, JODOH ITU MILIK KITA....

Wassalam,
Ida Nur Asnidar
8 Feb 2012 [ Rabu 11.15 pm ]