Che Gayah's Speciality

Che Gayah's Speciality
Berdoa Untuk MH370

Friday 18 February 2011

~~Coral Bay Yee Sang~~


Yushengyee sang or yuu sahng (simplified Chinese鱼生pinyinyúshēng), or Prosperity Toss, also known as lo hei (Cantonese for 撈起 or 捞起) is a Teochew-style raw fish salad. It usually consists of strips of raw fish (most commonly salmon), mixed with shredded vegetables and a variety of sauces and condiments, among other ingredients. Yusheng literally means "raw fish" but since "fish (鱼)" is commonly conflated with itshomophone "abundance (余)", Yúshēng (鱼生) is interpreted as a homophone for Yúshēng (余升) meaning an increase in abundance. Therefore, yusheng is considered a symbol of abundance, prosperity and vigor.
While versions of it is thought to have existed in China, the contemporary version is created and popularised in Singapore in the 1960s amongst the ethnic Chinese community and its consumption has been associated with Chinese New Year festivities in Singapore as well as in neighbouring Malaysia. In Singapore, government, community and business leaders often take the lead in serving the dish as part of official functions during the festive period or in private celebrity dinners. Some have even suggested that it be named a national dish.

Che Midah dalam Kenangan

Salam & Good Nite My Friends...
Semalam x sempat nak post something to share.Kami wat tahlil & bacaan untuk Arwah Che Midah semalam di kantin SK Seri Pangkor.


Allahyarhamah Puan Hamidah binti Badin
[ 12 Nov 1937-10 Feb 2011 ]

Che Midah,as we fondly called her,past away so peacefully in her last breath at Hospital Raja Permaisuri Bainun,Ipoh @10.00 pm on 10 Feb 2011 [ Thursday ].
She left behind 1 son,2 daugthers & 9 grandson & granddaugther.
During her life,she is all loved by her family & people around due to her kindness & her ability to help people in need.My mum,is one person who are so close to her that people always call them twin due to their close friendship. They are both connected through my brother & her daughter marriage.

She will be sadly missed by us,people that she left behind.
Please ALLAH,let her be in the good place in HEAVEN.
Al-FATIHAH & rest in peace,CHE MIDAH.
We'll miss you everyday.

Lot of Love,
Your Family

Thursday 17 February 2011

My Batuk & My Ubat


Salam everybodi. Nilah ubat-ubat yg terpaksa aku telan untuk penyakit 3 beradikku ini.

~12 Feb 2011~ 
G Poliklinik Pangkor jumpa Dr Pram Singh @ Dia check jap,sembang sembang,aku minta mc sehari,pas tu kena la bayar RM38 tunai.he he he [ sib baek aku leh claim ngan Hotel ].Ubat dia yg sebelah kiri 4 jenis tu.Tapi x ngam ngan aku sbb makin minum ubat batuk makin batuk.....koh koh koh

~13 Feb 2011~ 
Balik opis g JH Pharmacy lak.Cadang nak beli ubat batuk la.Farmasis tu kata nak yg cecair atau tablet.Pikir pikir aku amek yg tablet la
 [ photo yg sblh kanan ].Bayar berbelas RM la.Lupa la plak.X lut gak batuk aku nih

~16 Feb 2011~ 
G la kedai ubat Eng Kiat.Dia bagi ubat tablet ngan ubat batuk herba [ photo yg atas skali tu ]
Dah try semalam,ok gak arr tp still x mau jauh gak batuk dari diriku.....kui kui kui

Doaku satu.Tolong la sembuhkan aku dari batuk nih sbb next week dah bz sgt nak p jalan-jalan cari makan.
he he he....this one next story la

Okay,till next post la k.Nak wat keje jap nie.C u soon,very soon.




Wednesday 16 February 2011

DOKTOR CINTA~Dyadila by KAKI NOVEL ENT

Wanna share these lovely novel with all of my friends....MUST READ ALERT!!!!!
Hak Milik Kaki Novel Ent
[ taken from kakinovel.com ]




MAZLIANA duduk santai di bangku empuk milik Azlin. Rutin hariannya selepas mendapat segulung ijazah, ijazah ya bukan Hamzah ek, adalah duduk lepak menghabiskan masa yang memang untuk dibuang. Memang bukan cerita rekaan tapi kenyataan sampai sekarang lebih sepuluh temu duga tapi tiga yang lekat dan yang lekat tu tak kena langsung dengan jiwa. Kononnyalah.
“Maz nak duduk sini ke? Tak nak ikut akak?” Azlin sudah sedia berdiri di depan pintu.
“Malaslah, lagipun Kak Ani ada depan tu.”
“Okey, akak tak lama dalam dua puluh minit aje,” janji Azlin.
Emmm... iya ke dua puluh minit? Kalau dah jumpa buah hati dua puluh jam pun tak sedar.” Mazliana ketawa kuat.
Doktor Azlin mencebik. Jelas sangat ketawa yang dibuat-buat, bukan dia tak tahu macam mana hubungan Mazliana dengan Johan.
“Orang suruh cari kekasih tak nak, lepas tu jealous pulak.”
Eiii... pleaselah ek nak cemburu-cemburu segala ni tak ada dalam kamus hidup Mazliana Haji Nordin tau!”
Doktor Azlin menjelir lidah ke arah adik kesayangannya. Dia keluar meninggalkan klinik. Dia sudah lewat. Muka monyok Johan terbayang di kotak fikiran. Bertambah laju kakinya melangkah.

BOSAN. Mazliana memandang sekeliling, apa yang ada di atas meja semuanya tidak menarik perhatian. Dia terpandangname tag yang terletak cantik di jubah putih kakaknya. Doktor Mazliana, ewah... sempat lagi berangan. Tanpa sedar jubah itu sudah tersarung di tubuhnya. Cantik!!! Eiii... boleh jadi doktor aku ni.
“Ya sakit apa? Boleh saya tolong? Okey, awak boleh ambil ubat di luar.” Mazliana berdialog sendiri. Satu lagi penyakit keturunannya iaitu kuat berangan. Makanlah pil atau herba atau akar kayu tujuh hutan sekali pun penyakit ni tak akan boleh sembuh.
Dia tersenyum, gerak geri Doktor Azlin dilakonkan. Dia kembali duduk di kerusi yang ditinggalkan tadi. Novel Suratan Kasih dibuka semula, minatnya pada bidang kesenian. Cakap saja apa yang ada kaitan dengan seni semuanya dia minat. Masih terdengar bebelan Haji Nordin dan Puan Maznah sampai ke hari ini. Tapi dia tahu walau setinggi mana pun marah mak dan ayah, di hati mereka tetap ada dia. Ewahhh... bak kata orang dalam hati ada taman.
“Doktor, doktor! Tolong kawan saya ni!” Tiba-tiba dua orang pemuda merempuh masuk ke dalam bilik. Habis terpelanting novelnya entah ke mana. Mazliana mengurut dada. Eiii... bagilah salam dulu kalau nak minta tolong pun. Eh... ada ke orang minta tolong bagi salam?
Dua orang lelaki berbadan tegap sudah berdiri di depannya, seorang sedang mengerang kesakitan. Mungkin sakit, laaa... dah nama pun dalam klinik takkan dia datang nak order teh O ais pulak. Eh? Nak buat apa ni???
Ermmm... kenapa ni?” Mazliana bertanya bodoh. Dia menggaru kepalanya, melihat lelaki itu sedang mengerang kesakitan. Bukan perlahan tapi macam nak pecah gegendang telinga. Wajah garang lelaki itu memang menakutkan.
“Dia jatuh masa game tadi, tak boleh nak bangun.”
Hanya pemuda yang masih berjersi bola itu menjawab. Seorang lagi masih mengerang kesakitan. Mazliana panik, dia mendekati lelaki yang sudah duduk di kerusi roda. Sempat memandang sekilas wajah berkerut itu.
“Dekat mana sakit ni?” Mazliana cuba berlembut.
“Kakilah, tak akan kepala! Aduh!!!” Lelaki itu menjerit.
Amboi! Sakit pun kurang ajar lagi, bisik Mazliana perlahan.
“Apa doktor?” tanya lelaki itu. Wajahnya berkerut menahan sakit. Sakit sangat ke? Tak ada darah pun, hesy... ini mesti kes manjalah ni. Macam ayam, bertelur sebiji tapi sampai satu kampung dia nak inform.
“Hah! Tak ada, macam ni sebenarnya...” Mazliana cuba berterus terang. Tapi gagal.
“Aduhhh!!!”
Lelaki yang duduk di kerusi roda menjerit kuat. Terangkat bahu Mazliana kerana terkejut, Mazliana menggigit bibir. Dia bertambah kalut.
Takkan dia nak cucuk punggung lelaki ini dengan ubat penenang kut? Hesy, mana boleh sakit kaki aje lagipun kecederaan tak serius sangat. Habis tu nak buat apa? Matanya sempat meninjau ke arah pintu, mana tahu kalau Kak Lin dah balik.
“Doktor, kenapa? Kaki dia ni patah ke???” Suara itu kedengaran bimbang.
Mazliana sekali lagi menggaru kepalanya,
“Hah??? Entah....” Cuba untuk menjelaskan keadaanya sebenar tapi usahanya sekali lagi gagal.
“Entah? Maksud doktor?” Zikri bertanya hairan. Doktor di hadapannya kelihatan pelik. Dari tadi dia hanya berdiri dan melihat keadaan Tengku Iskandar dari jauh.
“Eh, tak! Maksudnya, mana saya tahu, sebab saya tak periksa lagi.” Sekali lagi Mazliana mengutuk dirinya kerana menipu. Tapi jelingan pemuda di sebelahnya betul-betul membuatkan dia terperangkap.
“Doktor tengoklah cepat!” Sergahan pemuda yang mengerang sakit itu sekali lagi membuatkan jantungnya seakan mahu gugur. Eiii... suka menjerit betul mamat ni. Keturunan Tarzan ke apa? Sempat matanya meneliti wajah kesakitan di depannya, nasib baik hensem, bolehlah cover perangai buruk tu.
“Encik, boleh tak jangan memekik macam tu. Kalau encik beristighfar banyak-banyak tak adalah sakit sangat, kalau encik terus menjerit macam tu bukan encik yang mati nanti silap hari bulan saya yang kena serangan jantung!” marah Mazliana geram. Tengku Iskandar terkedu.
Zikri pula tersenyum mendengar kata-kata doktor muda itu. Dalam hatinya mengekek gelak melihat wajah kelat Tengku Iskandar. Wajah garang Tengku Iskandar semakin hilang. Tak sangka pulak CEO MM Holding kena tengking hari ni.
“Sakitlah doktor!” Sekali lagi pemuda yang bernama Tengku Iskandar itu bersuara tapi tidak sekuat tadi.
“Sakit pun anugerah juga, saya tahulah encik sakit tapi janganlah menjerit macam perempuan.” Mazliana berkata selamba. Pantas dia tunduk melihat kaki lelaki itu yang sudah membengkak.
Ala sikit aje, menjerit macam nak mati, Mazliana bermonolog sendiri. Wajah lelaki itu dipandang sekali imbas. Dia tersenyum lagi, kali ini dia jumpa penyelesaian. Bijak betul Mazliana Haji Nordin, sejuk perut mak melahirkan.
Tengku Iskandar meneliti wajah yang tersembunyi di sebalik juntaian rambut yang menutup separuh dari wajahnya. Baju kurung putih berbunga merah berselindung di balik jubah putih yang tersarung di tubuh langsingnya. Cantik tapi mulut boleh tahan pedas. AZLIN. Sempat dia membaca tanda nama yang terlekat di jubah.
Emmm... tak ada apa-apa kaki awak ni, cuma terseliuh sikit aje.”
“Sikit doktor kata? Tapi kenapa sakit sangat?” Suara lelaki itu tinggi mencakar langit. Mak ai... garangnya spesies harimau ke apa? Terasa macam nak tutup aje telinga.
“Eh... saya tahulah. Saya doktor ke awak doktor?” Giliran Mazliana mengaum. Kalau kau harimau, hah aku ni keturunan singa!
Tengku Iskandar menjeling tajam kepada Zikri yang tergelak kecil. Semua salah sahabatnya itu, sibuk ajak main bola. Padahal dia sendiri tahu yang Tengku Iskandar Tengku Mazlan ni tak akan pernah mengotorkan kakinya. Baginya permainan bola sepak adalah permainan yang kurang bijak. Satu bola berebut ramai-ramai. Teringat rayuan sahabatnya itu beberapa hari lalu.
“Is tolonglah aku... team aku tak cukup kaki ni.”
“Ohhh no, no.... Kau dah lama kenal aku, kan? Jawapan aku TIDAK.”
“Ala... aku tahu kau pandai main.”
“Zik, kenapalah kau nak main permainan bodoh tu, kalau kau nak sangat bola tu aku boleh belikan. Berapa orang teamkau? Satu sorang aku bagi bola tak payah berebut.”
Rayuan Zikri masih terdengar-dengar di hujung telinga. Seribu alasan yang diberi beribu-ribu ayat memujuk keluar. Entah atas dasar apa dia menerima tawaran yang diberikan. Akhirnya inilah yang dia dapat, sakit satu badan. Namun hakikatnya memang permintaan sahabat merangkap saudaranya itu tak pernah diabaikan.
“Jadi macam mana doktor?” Suara Zikri, membawa kembali Tengku Iskandar ke dalam bilik klinik entah apa-apa ni. Matanya kembali kepada wanita yang masih tunduk membelek kakinya.
“Ini urut sikit ni okeylah,” cadang doktor muda sekali pakej senyuman manisnya.
“Urut???” Mata dua lelaki itu berpandangan. Ada sesuatu yang meragukan. Zikri menggaru kepalanya. Rasanya tadi dia ke klinik, bukan pusat urut. Aduh!!!
Mazliana tunduk melihat kaki lelaki itu. Dia mengaplikasikan kemahiran mengurut turun temurun arwah neneknya. Tengku Iskandar menjerit kecil setiap kali jari itu menyentuh kakinya. Zikri pula hanya menjadi pemerhati setia. Leka melihat doktor muda itu. Matanya jatuh ke wajah bersih milik Mazliana. Cantik. Dia memuji dalam diam. Tiba-tiba matanya beralih pada Tengku Iskandar, dia tersenyum rupanya Tengku Iskandar juga melakukan perkara yang sama.
“Okey.” Suara itu membuatkan mata Zikri dan Tengku Iskandar terarah pada wajah Mazliana.
“Awak boleh ambil ubat sejam dari sekarang,” sambung doktor muda yang memakai name tag Azlin itu memberi arahan.
“Kenapa sejam doktor? Lamanya?” Zikri bertanya pelik.
Mazliana memikir ayat yang sesuai. Matanya melilau mencari idea. Tu la menipu lagi, kan dah susah, bisik hatinya. Matanya kembali kepada dua lelaki yang asyik memandangnya. Dia tersenyum lagi.
“Sebab klinik saya dah kehabisan ubat, so lagi sejam awak datang balik. Okey awak berdua bolehlah keluar.” Satu senyuman kecil dilemparkan.
Sebaik sahaja bayang dua pemuda itu tidak kelihatan, Mazliana melepaskan keluhan berat. Dia memikir kembali pembohongan kecil yang dibuat. Hesy, kerja gila. Nasib baik terseliuh buatnya sakit jantung. Tak pasal-pasal! Pantas dia membuka jubah putih yang dipakai. Tak mahu akan ada salah faham lagi selepas ini. Mazliana melangkah keluar dari bilik menuju ke kaunter pendaftaran.
“Kak Ani, kenapa benarkan pesakit tu masuk?”
“Hah? Kenapa pulak?” Dahi wanita berusia awal tiga puluhan itu berkerut.
“Kak Lin tak ada dalam bilik, Kak Ani tak nampak ke dia keluar tadi?”
“La... akak tak tahu pulak Doktor Lin tak ada, habis macam mana pula mamat hensem tu tak kata apa-apa pulak?”
Mazliana mencebik, mamat hensem ke? Hesy, tak ada maknanya hensem, gabra semacam. Tak tahu langsung erti kesabaran.
He he he... sebab Maz yang jadi doktor.” Keningnya dijongket-jongketkan beberapa kali. Senyuman nakal muncul di wajah.
“Ya Allah budak ni, biar betul?”
“Betullah, Doktor Cinta.” Mazliana tergelak besar.
Kak Ani hanya mampu menggelengkan kepala. Dia lebih senang apabila bersama Mazliana berbanding Azlin. Azlin seorang yang tegas tapi adiknya seorang gadis yang periang dan sentiasa tersenyum. Kadangkala ada saja benda yang dia buat membuatkan orang ketawa.

SEMUA kau punya pasal.” Tengku Iskandar memandang wajah selamba Zikri. BMW hitam bergerak perlahan meninggalkan klinik.
“Bukan aku yang buat kau jadi macam tu, biasalah dalam permainan bola sepak kalau tak jatuh bukan mainlah namanya, kan?” Wajah berkerut Tengku Iskandar dikerling sekilas di sebalik cermin mata hitam.
Bukan sehari dua dia kenal Tengku Iskandar Tengku Mazlan, tapi sejak kecil lagi. Sikap panas baran sahabatnya itu tak pernah surut. Lagi semakin bertambah dari berkurang ada la.
“Doktor tu satu, suka hati mulut dia aje nak bercakap.” Tengku Iskandar melihat kakinya. Sakitnya sudah berkurang. Cuma bengkaknya sudah kelihatan.
“Ala... aku tengok kau pun syok tadi kena urut dengan dia.”
“Kata aku. Kau pun apa kurangnya, mata macam nak terkeluar pandang muka dia.” Gelak mereka kedengaran. Masing-masing tidak lupa kenangan bersama doktor muda itu.

PERISTIWA di klinik masih terbayang-bayang. Mazliana menggaru kepalanya beberapa kali. Puas juga dia dimarahi Azlin. Tapi dia yakin marah Azlin kepadanya tidak akan lama. Dia cukup faham dengan perangai kakaknya itu.
“Hai... jauh anak mak ni mengelamun.” Puan Maznah duduk di sebelah anaknya.
Emmm...  tak jauh mana pun mak. Sekarang ni minyak mahal, tak boleh jauh-jauh sangat,” usik Mazliana.
“Hesy, macam tu pulak, main-main ek.” Pipi gebu anaknya dicubit perlahan.
“Kenapa muka kakak tu semacam aje mak tengok?” sambungnya lagi.
“Entahlah mak, gaduh dengan Si Johan tu kut,” jawab Mazliana mengelak.
Tangannya kembali menari di atas kanvas. Satu per satu warna dicalit. Cuba menyembunyikan masalah sebenar. Takkan nak bagi tahu sebab aku muka kakak masam semacam aje kut. Hesy, kantoi ar nanti.
“Amboi, sedapnya bahasa anak mak ni!” Puan Maznah menampar lembut bahu anak manjanya itu. Lukisan yang terlakar di depan matanya dipandang. Cantik! Memang anaknya itu sejak kecil lagi sudah berbakat.
“Anak mak lukis apa ni?”
Emmm... perasaan.” Mazliana tersenyum dengan jawapan itu. Itulah tema hasilan terbarunya itu.
“Perasaan???” tanya Puan Maznah tidak faham.
Emmm... lukisan yang menggambarkan perasaan kita manusia yang tak dapat diluahkan, tapi calitan warna ni boleh menerangkan segala-galanya.”
Berkerut dahinya mendengar penerangan jelas dari mulut anaknya itu.
“Tak fahamlah tu....” Mazliana bersuara lagi. Melihat wajah maknya menunjukkan wanita itu tidak memahami. Puan Maznah tersenyum, anaknya terlebih dahulu membaca apa yang bermain di mindanya.
“Manalah mak tahu, kalau cerita pasal ikan masak asam pedas mak fahamlah.” Ketawa mereka bersatu.
“Memandangkan mak memahami ikan masak asam pedas, apakah gerangannya jika tuan hamba memasaknya esok untuk hamba, kerna teringin benar rasanya tekak ini. Oh, sedapnya.” Terbayang ikan pari masak asam pedas.Perghhh... terangkat kalau mak mentua lalu pun buat tak nampak.
“Boleh saja tapi dengan satu syarat... tolong urutkan beta dulu, sakit-sakit badan beta ni. Terasa-rasa aje tangan ajaib anakanda beta ini urut,” usik Puan Maznah lagi.
“Amboi... beta tuuu mak. Baiklah, patik menurut perintah tuanku.” Sekali lagi dia gelak besar.
Maknya adalah wanita teratas dalam hidupnya tak mungkin ada pengganti. Pantas tangannya memainkan peranan. Puan Maznah tersenyum menikmati urutan anaknya. Rasa syukurnya melimpah apabila melihat anak-anak yang semakin berjaya.

PAGI itu seperti biasa Mazliana akan menghabiskan masa di taman. Sudah menjadi kebiasaannya, dia cukup gemar berjoging. Oleh kerana hari minggu, kakaknya awal-awal lagi sudah angkat tangan tak nak ikut. Maknya pula sibuk dengan kenduri rumah Kak Senah Kepo, nak ajak ayah lagilah jangan harap.
Tapi macam biasa Mazliana Haji Nordin akan teruskan moto hidup, bukan beli kari tapi berdiri di atas kaki sendiri. Matanya memerhati keadaan sekeliling, mana tahu kut ada mamat-mamat hensem yang sesat nak join dia berjoging, he he he... ewah so gatal. Sempat discan ke kiri dan ke kanan. Sejak-sejak tak ada kerja ni dia suka cari kerja yang tak berapa berfaedah.
Peluh sudah menitis bermakna jogingnya kali ini berjaya walaupun hanya seorang diri. Larian diteruskan namun langkahnya terhenti apabila melihat seorang wanita yang sebaya maknya duduk di bangku rehat. Mukanya berkerut seperti menahan sakit.
“Mak cik kenapa ni?” tanya Mazliana prihatin.
Wajah wanita itu dipandang, gayanya nampak seperti baru lepas berjoging. Wah... main teka-teki pula, suka hati baca riak muka orang. Mazliana sudah duduk di sebelah wanita itu.
“Entahlah, ni pinggang mak cik ni tiba-tiba sakit.”
“Mak cik datang sorang aje ke ni?”
Driver mak cik hantar tadi tapi dia balik sebab anak dia demam panas.”
Mazliana mengangguk perlahan. Fuh... ada driver tu! Ada driver tu maknanya kayalah. Lagi mau terkejut.
Emmm... saya hantar mak cik baliklah kalau macam tu?”
“Eh, tak menyusahkan ke? Tak apalah, mak cik tunggu. Tadi anak mak cik kata dia akan datang ambil mak cik.”
“Hesy... panas ni mak cik, nak tunggu apa lagi. Mari saya hantarkan.”
“Iyalah,” jawab wanita itu bersetuju.
Mazliana tersenyum. Akhirnya dia berjaya memujuk wanita itu. Baiknya dia hari ni, nasib baiklah mak cik ni jumpa aku yang baik hati. Mazliana tersenyum memuji diri sendiri. Mazliana membantu langkah mak cik yang entah siapa namanya.
Sebaik sahaja mereka keluar dari taman, langkah diatur sedikit perlahan. Eh! Macam mana nak hantar mak cik ni? Dia mana ada kereta.
“Mak Cik sebenarnya...” Belum sempat dia ingin menjelaskan keadaan sebenar, sebuah BMW series warna hitam muncul betul-betul hampir nak merempuh mereka. Menjerit tayar kereta ala-ala KL drift.
“Hesy... gila ke bawa kereta macam ni?” marah Mazliana. Sia-sia kerajaan buang banyak duit semata-mata nak buat papan tanda kurangkan laju. Tapi langsung tak diguna pakai.
Seorang pemuda keluar dari kereta itu sambil menanggalkan cermin mata hitamnya, terus mendapatkan wanita di sebelahnya. Tangan wanita itu dicium perlahan. Mazliana memandang lama.
Macam pernahku lihat mamat ni tapi dekat mana ek? Pelakon ke? Hesy... tak mungkin! Pantas rambutnya ditarik ke depan menutup separuh wajah.
“Maaf Mak Engku, Zik lambat... kereta pula buat hal. Tu bawa kereta Is ni.” Nasib baik dia cepat, kalau tidak mesti kena bambu dengan Tengku Iskandar.
“Tak apa Zikri, lagi pun tak lambat mana pun.” Zikri tersenyum matanya beralih ke wanita yang berdiri tak jauh dari mereka.
“Kenapa Mak Engku ni?”
“Pinggang ni sakit sikit.”
Wajah lelaki itu berubah risau, tangannya terus memegang tangan wanita di sebelahnya mengambil alih tempatnya tadi. Mungkin anak dia. Tapi wajah lelaki itu mengundang resah di hatinya. Kantoilah macam mana boleh jumpa pula mamat ni.
“Eh, doktor buat apa dekat sini?”
La... mamat dekat klinik tu ke. Baru Mazliana dapat ingat jelas wajah itu. Matilah aku!!! bisiknya perlahan.
“Zikri kenal ke? Nasib baik dia ada tolong Mak Engku, kalau tidak... tak tahulah macam mana Mak Engku nak jalan.”
Emmm... rasanya kenal. Dialah doktor...”
“Eh... dah lewat ni, saya balik dulu. Lagipun ada hal sikit nak buat.” Potong Mazliana apabila lelaki itu seperti mahu memperkenalkan dirinya kepada wanita itu.
Mazliana melangkah laju meninggalkan dua insan yang masih memandang ke arahnya. Jangan pandang belakang Mazliana, terus jalan kalau nak hidup lama.

MAZLIANA membawa lukisan hasil tangannya ke klinik. Sengaja dia ingin menghadiahkan satu lukisan untuk kakak kesayangannya. Bukan apa, sengaja nak ambil hati, maklumlah baru lepas kena marah. Salah dia juga yang buat lawak yang tak berapa nak lawak. Kes penyamarannya itu boleh disabitkan sebagai satu kesalahan jenayah. Itulah yang dibebelkan Kak Lin.
“Hai... apa mimpi bagia karya mahal Maz ni dekat akak?” Azlin berdiri sambil bersandar di tepi kaunter. Pagi ini kliniknya masih belum ada pesakit. Tahu sangat taktik adiknya.
“Ala... sengaja nak menghiasi klinik buruk Kak Lin ni.” Bulat mata Doktor Azlin mendengar kata-kata adiknya.
Mazliana menyangkut sendiri lukisan pemandangan senja itu di sudut tepi klinik yang memang kosong. Memang dah menjadi tugas tak rasminya menjaga keceriaan klinik milik kakaknya itu. Ewahhh! Hakikatnya itu sebenarnya satu umpan untuk memancing semula hati kakaknya.
“Buat apa sebenarnya ni?”
“Lukisan sebenarnya boleh dijadikan terapi, tahu tak? Kalau pesakit-pesakit akak datang tak adalah asyik baca maklumat tentang diabetes, darah tinggi, jantung segala ni.” Jarinya menunjuk ke arah paparan yang melekat kemas di dinding klinik.
Emmm... yalah tu, ke nak ambik hati akak?”
“Hesy... akak ni tak baik tahu tak buat tuduhan macam tu, tak baik untuk kesihatan. Ada fakta yang menyatakan bila dahi kita dikerutkan seperti yang akak buat tu proses penuaan akan lebih cepat. Itu sebab sekarang ni kalau akak jalan dengan mak mesti orang ingat mak tu adik Kak Lin tahu.”
“Amboi... sedap mulut tu mengata ek. Mari sini biar akak jahit sikit.”
Ketawa Mazliana kedengaran. Kak Ani turut sama tersenyum mendengar telatah Maz.
“Hah, cantik tak Kak Ani?” tanyanya sambil memeluk bahu wanita itu.
“Cantik... tak sangka Maz pandai melukis macam ni.”
“Dia ni bukan pandai melukis aje Kak Ani, pandai menari, pandai bercakap dan apa yang penting dia ni pandai berlakon, sampai jadi pandai menipu,” sindir Azlin. Sengaja mengusik adik kesayangannya.
“Ala... nak perli orang ar tu tapi disebabkan kepandaian yang melampau inilah Kak Ani, Doktor Azlin ni dapat Si Johan tu tau!” Giliran Azlin pula terkena.
Johan atau Doktor Johan adalah salah seorang pensyarahnya. Johan jatuh cinta pandang pertama apabila Azlin menghantar tugasan adiknya Mazliana. Tak pasal-pasal dia yang sangkut.
Ek, akak tolong Maz tau!” ujar Azlin. Mazliana mencebik, alasan Azlin tak diterima.
Emmm... yalah tu. Tolong sambil menyelam minum air. Orang suruh tolong hantarkan tugasan, dia boleh pula jual minyak dengan Si Johan tu, Kak Ani.” Kata-kata itu membuatkan lengannya menjadi mangsa cubitan. Sakit. Kak Ani ketawa kecil.
“Kan Maz ni Doktor Cinta, mestilah pakar dalam bab-bab macam ni, kan?” Kak Ani pula menyampuk. Sengaja mengusik anak manja kesayangan  Haji Nordin itu.
“Pandai pun Kak Ani ni. Tak sia-sia Maz turunkan ilmu. Bagus, bagus.” Pujian Mazliana membuatkan Kak Ani tersipu-sipu malu.
Azlin mencebik. Sekali lagi lengan adiknya menjadi mangsa. Hesy, kalau adalah perang yang bersenjatakan cubitan dahconfirm Kak Lin menang.
“Dahlah jom, kata nak keluar makan.”
“Ni yang sayang Kak Lin ni, tahu aje bila perut orang ni dah berbunyi. Jom Kak Ani. Doktor Azlin nak belanja!”
“Eh, tak apalah. Kak Ani tunggu klinik. Lagipun akak dah makan tadi.”
“Okeylah kalau macam tu Kak Ani, jangan sampai Kak Ani pun menyamar jadi doktor sudah.” Ucapan Azlin membuatkan Mazliana terkedu. Dia tahu kakaknya sengaja mengusiknya.
Kak Ani hanya ketawa perlahan. Azlin menjeling. Memang kalau ikutkan hatinya masih marah dengan Mazliana tapi selama manalah marah itu akan bertahan. Sejak kecil kalau mereka bergaduh pun mesti tak sampai sehari. Mazliana bukan saja adik malah teman dan kawan baiknya. Mazliana juga kadangkala menjadi kakaknya.
Mereka singgah di Restoran Melayu, makanan di sini memang pergghh! Sedap gila!!! Tambah-tambah gulai lemak masam manis, rugilah kalau siapa tak makan. Macam biasa mereka mengambil tempat yang sedikit jauh dari orang ramai. Itulah Azlin. Dia sukakan tempat yang privasi. Sedang asyik Mazliana melayan perasaan dia dapat menangkap bayangan Johan yang berjalan ke arah mereka.
Muncung ditarik ke depan, selera makan yang tadi membara padam tiba-tiba.
“Akak ajak dia sekali ke?” Suaranya kedengaran malas.
Yup... lagipun akak memang dah janji dengan dia nak makan sekali.”
“Kenapa tak cakap awal-awal? Tak sukalah macam ni!”
Ucapan itu membuatkan Azlin tersenyum. Dia tahu adiknya itu tak pernah selesa dengan Johan. Semuanya disebabkan perang dingin yang dilancarkan Mazliana kepada bekas pensyarahnya itu.
“Kenapa pula? Apa yang Maz tak suka sangat dengan Abang Johan tu?”
Hello girls.” Johan tersenyum memandang ke arah tunang dan bakal adik ipar kesayangannya itu. Wajah masam mencuka Mazliana sudah menjadi hiasan biasa wajah itu.
“Abang tak ada kelas ke?” Suara Azlin kedengaran memecah kesunyian antara adik dan tunangnya.
Emmm... tak ada cuma malam nanti pukul lapan.” Kata-kata itu begitu lembut di gegedang telinganya. Cis, depan kakak aku pijak semut pun tak mati. Kalau dalam kelas mahu nak terkeluar anak tekak menjerit. Atuk gajah pun boleh kena serangan jantung.
“Maz apa khabar?”
“Baik.” Ringkas jawapannya acuh tak acuh.
“Lama tak jumpa Maz, makin tembam abang tengok.”
Maz mencebik. Makin tembam dia kata aku? Kurang asam jawa! Kau ingat kau tu hensem sangat??? Kakak aku aje buta mata, buta hati, buta cinta, bebel Maz dalam hati.
Mazliana betul-betul tak selesa. Berdepan dengan bekas pensyarahnya itu ibarat dia menahan kentut. Senak perutnya. Doktor Johan Datuk Hashim, anak orang kaya yang banyak mencetuskan kemarahan di hatinya.
“Helo? Ha la ya ke? Okey, okey... aku datang sekarang.” Tiba-tiba Maz memecah kesunyian. Nokia 3310 nya didekatkan di telinga.
Aik, tak dengar bunyi telefon pun?” tanya Azlin pelik.
Silent mode. Okeylah, Maz ada hal. Sorry tak dapat join makan sekali. Kita makan dekat rumahlah ek.” Pantas Mazliana meninggalkan kedua-dua insan itu. Lagi lama dia dekat situ lagi panas sistem penjanaan otaknya.
Sorry abang, tak sangka dia buat lagi,” ucap Azlin kesal. Johan hanya tersenyum.
“Marah betul dia dengan abang, kan?” Kenyataan itu membuatkan Azlin turut tersenyum.
“Sebab dia marahkan abanglah kita dapat jumpa dan sampai sekarang ni bahagia, kan?” Kata-kata Azlin mencetuskan ketawa kecil Johan. Mazliana bekas pelajarnya yang banyak menimbulkan kontroversi sehinggakan semua pensyarah akan bercakap mengenainya.
Masih teringat kepetahan Mazliana mematahkan hujahnya ketika di dalam kelas. Masih terbayang bagaimana pelajarnya itu mempengaruhi dekan fakulti seni untuk menerima projek akhirnya selepas direject oleh Johan. Mungkin disebabkan banyak salah faham antara mereka yang membuatkan hubungan mereka jauh begini walaupun mereka bakal menjadi sebuah keluarga.

MAZLIANA menyumpah-nyumpah dalam hatinya, kenapalah hatinya panas bila bertentang mata dengan Si Johan tu, kalau boleh sekarang juga dia memaksa kakaknya memutuskan pertunangan dengan lelaki itu. Hesy, tak masuk dengan jiwa rock aku pensyarah macam tu.
Memanglah tak sampai kesalahan dosa besar yang Si Johan tu buat, tapi dia sendiri tak tahu kenapa akalnya tak boleh memproses perkataan maaf untuk lelaki itu. Hakikatnya dia bakal menjadi abang ipar aku.
Tiba-tiba matanya terpandang seorang yang seperti dikenali. Hah??? Bukan mamat dua orang tu ke? Kenapa pula adascene pertembungan macam ni. Alamak! Sembunyi, sembunyi! Cepat selamatkan diri. Dia hilang di sebalik orang ramai yang lalu lalang. Cukup yakin mamat yang berdiri di tepi kereta itu memandang ke arahnya.
“Kau tengok apa tu Is?”
“Entah, aku macam perasan seseorang tadi. Macam nak berjalan ke sini tapi tiba-tiba hilang,” ujar Tengku Iskandar.
“Siapa?” Mata Zikri turut mencari gerangan yang dimaksudkan. Terlalu ramai yang berdiri di tempat yang dimaksudkan oleh Tengku Iskandar, dia sendiri tak tahu yang mana satu.
“Dahlah kita dah lambat ni. Jom!” arah Tengku Iskandar, baginya masa itu lebih bernilai dari emas.
Mazliana menarik nafas lega. Hesy, dahlah hari tu sikit punya payah nak melarikan diri. Tak sangka pulak mak cik tu mak pemuda yang ditipunya. Kalau lambat bertindak mesti mati dia terjerat dengan penipuan tak disengaja itu. Macam mana kalau mamat tu tahu dia menipu? Matilah kau Mazliana, terbayang kehidupannya di dalam penjara. Fuh, malang betul! Takutnya, muka secantik dia terpaksa dikurung di penjara.
Wei, apa hal termenung dekat sini?”
Hampir luruh jantungnya disergah begitu. Dia kembali ke alam nyata. Matanya tepat memandang seorang wanita yang tak berapa cukup wanitanya. Dengan jeans lusuh yang koyak bahagia lutut, rambut berwarna-warni. T-shirt yang dipakai juga berwarna hitam. Lama matanya meneliti cuba mengenalpasti siapakan gerangan minah rempit di depannya.
Wei Maz, kau jangan buat muka tak ada perasaan, akulah Syamin a.k.a Mimi comel.” Ingatannya kembali berputur. Mimi comel? Mendengar gelaran itu secara automatik tekaknya loya.
“La... kau ke Mimi Al-Bosan.” Sebaris gelaran itu membuatkan mereka berpelukan dan ketawa. Lama juga dia tak jumpa dengan kawan baiknya itu. Rasanya hari konvokesyen adalah hari terakhir. Mereka terputus hubungan. Masing-masing bawa haluan sendiri. Mana mungkin dia lupakan Syamin teman sebantal dan sepinggannya.
“Kau buat apa dekat sini?” soal Syamin.
“Buat bodohlah.”
“Tak payah buat, dah terserlah pun.” Mereka ketawa. Trademark mereka sudah keluar.
Mazliana berjalan mengelilingi Syamin. Matanya meneliti dari atas ke bawah, keningnya terangkat melihat wajah yang pelik tapi benar. Syamin agak berbeza dari kebiasaan. Kalau tak silap Syamin sekarang setiausaha tapi...
“Lamanya tak jumpa kau tapi kenapa kau macam...”
“Aku baru balik dari latihan teater la. Ni watak terbaru aku.”
“Teater? Bestnya! Kau aktif lagi ke?” Satu-satunya tempat yang membuatkan mereka bertambah serasi. Mereka berkongsi minat yang sama, masing-masing teruja dalam bidang teater dan bidang kesenian.
“Eh mestilah. Aku mana boleh berpisah dengan dunia pementasan.” Syamin tersenyum bangga dengan kenyataannya.
“Kau macam mana? Apa kau buat sekarang?” tanya Mimi lagi. Dia lihat Mazliana masih macam dulu.
“Aku macam nilah. Tak buat apa, tanam anggur dekat depan rumah aku.” Mazliana tersenyum, mungkin belum ada kerja yang kena dengan jiwanya. Bayangkan sepuluh kali pergi temu duga. Dia dah cukup serik.
“Hai... best student macam kau tak ada kerja?” perli Syamin.
“Amboi perli aku nampak? Kau kerja dekat mana sekarang?” Giliran Mazliana mengajukan soalan.
“Aku kerja dekat MM Holding, yang penting lari jauh dari ijazah yang aku ada. Setiausaha tu beb, jangan tak percaya.” Syamin menjelaskan kedudukannya.
“Baguslah tu dari tak kerja langsung. Jomlah kita minum-minum, makan-makan. Kau belanja.” Maz memeluk bahu sahabatnya itu.
“Amboi... aku pulak yang kena.”
“Yalah, aku bukan ada kerja pun.” Mazliana tayang muka kesiannya.
“Kau ni tak pernah berubah, pandai betul memanipulasi orang ek. Jomlah.” Mereka berjalan seiringan, masih banyak yang ingin dibualkan. Tambah-tambah tentang rahsia-rahsia yang masih menjadi rahsia.
Syamin Farhana Mohd Tahir. Jangan mudah tertipu dengan wajah naifnya, kawan dan teman merangkap sahabat Mazliana sejak kecil lagi. Mereka membesar di kampung yang sama. Terpisah bila Syamin berjaya melanjutkan pelajaran ke MRSM dan bertemu kembali di universiti. Muka aje selamba tapi result gempaq. Moto hidup dia, belajar biar lepak result biargempaq. Merupakan anak Pak Tahir, jutawan kampung. Anak orang kaya sebenarnya sebab dekat kampung pun rumah dia ada orang gaji. Moral of the story, jangan hina orang kampung sebab orang kampung sekarang suka low profile.

TENGKU MARIAM tersenyum melihat gelagat gambar anak-anaknya ketika kecil. Terasa baru semalam Zikri masuk ke dalam keluarga mereka. Kini kedua-dua anaknya itu sudah dewasa. Sejak kecik tak pernah berenggang, di mana ada Tengku Iskandar di situ juga ada Zikri Alif.
Peristiwa tiga tahun dulu terkesan hingga kini, disebabkan perempuan tak guna itu, hati anaknya terluka. Tengku Iskandar banyak berubah, dia ada mendengar rungutan pekerja syarikat yang mengadu anaknya terlalu tegas di pejabat. Kalau dulu wajah itu selalu tersenyum tapi selepas kegagalan cinta pertamanya sikap Tengku Iskandar berubah.
Nasib baik ada Zikri, dia tahu Zikri bukan saja anak yang baik malah menjadi teman terbaik anaknya. Dari kecil semua isi hatinya akan diluahkan pada Zikri. Malah selalunya dia akan menggunakan Zikri untuk mengetahui kisah anak bujangnya itu. Satu lagi peristiwa yang membuatkan dia sesak nafas sekarang adalah bilalah anak-anaknya itu nak menamatkan zaman bujang. Bukan seorang dua gadis yang dikenalkan malah berpuluh tapi semua direject mentah-mentah.
“Ni dia yang kau nak,” Zikri meletakkan Nasi Goreng Pattaya Restoran Ambang di atas meja. Tengku Iskandar tersenyum manja. Zikri mencebik. Dia menarik kerusi di depan Tengku Iskandar dan duduk bersandar di situ.
“Ni yang aku sayang kau ni. Kaulah saudara aku dunia akhirat Zik.” Aroma nasi  goreng pattaya kegemarannya itu dicium dengan rasa tak sabar.
Hakikat sebenarnya bukan mamanya tak boleh masakkan nasi goreng tersebut untuk dia malah lagi sedap, tapi sengaja dia mendera Zikri. Bukan senang nak buli sahabat merangkap abangnya tu.
“Banyaklah dunia akhirat. Kau tahu tak jauh gila restoran tu, banyak kerja terpaksa tangguh.” Suaranya sengaja dikuatkan biar semua orang dengar. Zikri memang aset penting MM Holding. Kalau bukan Zikri yang membantunya mungkin dia tak akan sempat untuk duduk diam macam sekarang.
“Ala... lagipun aku jadi macam ni pun sebab kau, kan.” Tengku Iskandar mengangkat kakinya yang pernah sakit itu.
“Amboi... bukan kaki kau tu dah dua minggu baik? Sengaja nak mengada-ada, kan?” Senyuman lebar Tengku Iskandar membuatkan dia mencebik.
Tengku Mariam menuruni tangga sambil tersenyum. Riuh rendah suara anaknya dan Zikri membuatkan hatinya tertarik untuk menyertai mereka. Dia suka bila Tengku Iskandar bersama Zikri, anaknya itu akan menjadi dirinya sendiri. Bukan lagi Tengku Iskandar pewaris MM Holding yang sentiasa tegas dan tak mungkin akan memberi senyuman kepada pekerjanya.
“Apa mama dengar bising-bising ni?”
“Ni Is buli Zik, Mak Engku.” Zikri mengadu sambil memeluk bahu wanita yang selama ini menjaganya dengan limpahan kasih sayang. Cuma sejak dia berkerja di MM Holding dia memilih tinggal di kondo hadiah dari Tengku Mazlan. Katanya lebih suka hidup berdikari. Seminggu juga Zikri mendengar bebelan Mak Engku.
“Hah? Iskandar!!!” Bulat matanya mendengar aduan anak angkat kesayangannya itu. Lengan anaknya dicubit perlahan. Kasih sayangnya antara Zikri dan Tengku Iskandar tak pernah berbeza.
“Mama dengarlah cakap budak ni bukan boleh pakai. Dia buli Is adalah, sampai patah-patah kaki orang tak fikir?” Suaranya tegas.
“Eh... pembetulan, bukan patah tapi terseliuh. Amboi... pandai-pandai buat fitnah ek. Lepas tu tokok tambah cerita.” Zikri masih bermanja dengan Tengku Mariam.
“Sama ajelah, ejaan aje lain.”
“Kalau kaki kau patah mesti sampai sekarang tak elok lagi tahu.” Masing-masing masih menegakkan hujah. Macam anjing dengan kucing aje tapi bila tak jumpa kang sibuk tanya. Tengku Mariam menggeleng perlahan.
“Hah... dah, dah! Jangan nak macam budak kecik, awak dua orang tu dah besar panjang.”
“Anak manja mama ni la.” Tengku Iskandar menunjuk ke arah Zikri.
Memang Zikri anak angkat kesayangan mamanya sampai kadangkala dia sendiri terasa hati tapi masa kecik dululah, sekarang ni tak mungkin. Zikri sendiri dah macam saudaranya.
Zikri tersenyum lalu mencapai sebungkus nasi goreng pattaya di depan Tengku Iskandar pantas tangannya menyuap nasi ke dalam mulutnya. Bulat mata Tengku Iskandar melihat gelagat Zikri. Tak sempat dia menyelamatkan nasinya.
Wei Zik, tu nasi akulah!” jerit Tengku Iskandar kuat.
“Ada aku kisah?” Selamba mulutnya mengunyah nasi yang sudah penuh di dalam mulut. Langsung tidak mempedulikan wajah masam Tengku Iskandar.
Tengku Mariam hanya ketawa melihat telatah anak-anaknya. Hatinya terhibur, memang kehadiran Tengku Iskandar dan Zikri menceriakan hari-harinya. Dengan adanya kasih sayang anak dan suami, dia sudah menjadi wanita yang sempurna. Cuma kadangkala dia rasakan lebih bahagia jika ada anak perempuan dalam keluarganya.
Zikri Alif bersyukur melihat Tengku Iskandar yang semakin pulih. Dia sudah cuba sedaya upaya menarik Tengku Iskandar keluar dari rasa kecewa dan dunia derita akibat ditinggalkan wanita pujaannya. Tapi dia tahu Tengku Iskandar bukanlah seorang lelaki yang lemah cuma perubahan sikap Tengku Iskandar yang membuatkan dia kurang selesa.
Tengku Iskandar Tengku Mazlan yang sekarang agak berbeza. Tengku Iskandar sekarang lebih suka bergaul dengan perempuan, lebih senang menghabiskan duitnya kepada perempuan dan apa yang pasti lebih serius bila di pejabat. Hilang ramah mesranya dengan kakitangan syarikat.

MAZLIANA duduk di tepi padang futsal. Melihat anak-anak muda bermain tanpa menghiraukan orang sekeliling. Kalaulah Kak Ida ada mesti dia ada kawan melepak. Mazliana berjalan sendirian entah ke mana dia sendiri tak tahu. Baru dua hari lepas dia menjual lukisannya, bangga kerana setiap lukisannya memuaskan hati pembeli.
Macam tu la caranya kalau agak-agak duit dah nak sempit, dia akan menjual lukisannya. Tapi untuk menjadi pelukis yang betul-betul menjual hasil tangannya belum lagi terniat di hati. Bukan malas tapi baginya seninya bukan untuk duit. Tapi seninya untuk masyarakat  Ewahhh!!! Tiba-tiba pulak teringat akan kata-kata Allahyarham Tan Sri P. Ramlee itu.
“Hai... boleh berkenalan?” Pantas dia menoleh ke arah jalan. Kereta kancil hitam itu dipandang lama. Cuba mengecam pemandunya, yang masih tersengih dan tayang muka yang tak berapa nak hensem.
Wei, kau ke mangkuk tingkat???” jerit Mazliana kepada Bobo atau nama dalam IC, Boharin.
“Aku dah hensem sangat ke sampai kau tak kenal aku?”
Emmm... hensemlah sampai aku punya jantung terhenti bila nampak kau tadi,” ujar Mazliana sambil ketawa.
Boharin adalah teman sekuliahnya di Art and Design. Satu-satunya kawan lelaki yang sehingga kini tahan dengan perangainya selain arwah Najmi.
Meh ar masuk pekena teh tarik ke roti canai ke,” ajak Bobo.
“Kau belanja,” ujar Mazliana sepatah.
Bobo tersengih dan mengangguk.
“Kau ni Maz, dari dulu tak pernah berubah, memang kaki kikis. Aku belanja no, hal punya.”
Mazliana meloncat masuk ke dalam kereta Boharin. Nasib baik, kalau tak mesti dia terpaksa berebut bas untuk balik ke rumah. Satu lagi masalah Mazliana Haji Nordin ada lesen kereta yang disimpan dalam muzium, hanya saat terpaksa saja akan digunakannya.
Restoran Menanti menjadi pilihan Boharin. Mereka duduk di tempat yang jauh dari pelanggan yang ada. Mazliana tersenyum melihat menu utama hari ini, Laksa Johor. Kalau bab jalan-jalan cari makan serahkan saja pada dia. Tanya sajalah tempat makan mana yang sedap dekat KL. Mesti pejam mata dia boleh sampai. Sasarannya sebulan jelajah lebih enam kedai makan.
“Kau buat apa sekarang? Jangan kata buat bodoh okey,” tanya Bobo. Siap dengan jawapan yang sudah bermain di fikiran Mazliana. Macam tahu-tahu aje. Jawapan copy paste yang nak keluar.
“Ala tak buat apa pun. Aku macam biasalah, bebas.”
Boharin ketawa geli hati. ‘Bebas’ perkataan yang cukup sinonim bagi temannya itu sejak dulu lagi. Kalau tidak, takkan Mazliana digelar Burung Merpati di kalangan kawan-kawan lelakinya. Memang jinak tapi nak tangkap cukup payah. Contoh yang gagal siapa lagi kalau bukan dia sendiri.
“Hai... bilalah kau ni nak ditakluk ek... asyik bebas aje.”
“Ala, kau macam tak kenal aku, bukan senang tahu nak jadi Mazliana Haji Nordin ni.” Milo ais di depannya disedut perlahan.Aik, sedapnya air freeHi hi hi....
“Kau pula buat apa? Dah kahwin?” Giliran Mazliana pula mengajukan soalan yang sama. Cuma tambah sedikit imbuhan perkataan bagi sedap.
“Aku kerja sendiri aje. Adalah masuk sikit-sikit. Isteri aku baru seorang, anak baru satu.”
“Hahh??? Fuyooo... powerlah kau, kahwin tak ajak aku pun ek.”
“Macam manalah aku nak ajak kau, lepas kita habis belajar aje kau hilang macam tu aje. Kalau aku jumpa kau mesti aku tak jadi kahwin,” katanya selamba. Terkenang saat cintanya ditolak oleh Mazliana. Tapi kini hatinya hanya milik isteri tercinta yang bernama Azinani.
Mazliana mengangguk faham. Seolah-olah apa yang keluar dari mulut Boharin langsung tak ada kaitan dengannya. Ala, bukan dia tak tahu kisah cinta Si Bobo ni, heboh satu kampus. Dia sentiasa mendoakan Bobo dan Nani akan bahagia hingga ke akhir hayat.
“Mesti... kau dah kahwin, kan?” duga Boharin lagi. Sengaja mengusik walaupun dia sendiri dah tahu jawapannya.
“Kahwin?” Mazliana ketawa lagi Bobo di depannya dipandang
“Aku ni siapalah yang nak, ganas, brutal semacam. Lelaki pun takut, tahu tak?” sambungnya lagi.
Emmm... kau tu memilih sangat, aku yang hensem ni pun kau reject ni mesti nak cari anak raja tak pun kau nak tangkap Tan Sri ke Dato’ ek?” Tekaan melulu Bobo. Memang sangat tidak sayangkan mulut. Nasib baik tak jadi kisah kasutku di bibirmu. Tapi apa yang diucapkan Bobo langsung tak berbekas di hatinya.
“Hesy... kau ni, antara kita dah memang tak tertulis dalam buku jodoh pertemuan akan bersama. Tapi apa yang penting kau kahwin dulu sebelum aku.” Mazliana menutup cerita. Malas dia mengenang peristiwa lama.
Teh O ais gelas besar dihirup perlahan, sesekali dia memandang ke arah Mazliana yang masih sama cuma rambut Mazliana kini panjang hingga ke bahu dan diikat satu seperti ekor kuda. Dulu wajah itu lebih comel berambut pendek dan sekarang menjadi cantik bila berambut panjang.
“Sekarang kau masih melukis ke?” Sesi soal jawab masih belum berakhir.
“Lukisan dengan aku mana boleh dipisahkan. Kalau aku ni tak boleh melukis aku rasa boleh mati. Tahu tak?” Boharin tersenyum. Dia tahu itulah yang membuatkan hubungan mereka menjadi rapat. Minat mereka sama.
“Mesti banyak masuk kau ni. Relaks aje aku tengok,” tanya Bobo. Bukan dia tak tahu nilai hasil tangan Mazliana sudah menjadi tumpuan sejak mereka di universiti lagi.
Emmm... adalah sikit-sikit. Sekarang ni orang kita dah mula hargai seni.”
“Betul... aku setuju.”
“Alamak, aku dah lambat ni! Aku dah janji dengan mak aku nak temankan dia shopping. Aduh... ni mesti balik ni aku kena basuh.”
“Jomlah, aku hantarkan kau.” Pelawa Bobo ikhlas.
“Ni yang aku sayangkan kau ni, macam tahu-tahu aku nak suruh kau hantarkan.” Ketawa Mazliana membuatkan Boharin tersenyum. Memang Mazliana tidak pernah berubah.