Che Gayah's Speciality

Che Gayah's Speciality
Berdoa Untuk MH370

Friday 25 March 2011

~~Novel Kaki Novel Milliku~~


1 PERGILAH AIR MATA HANNI RAMSUL 
  


2 BIARLAH YM BERBICARA HANNI RAMSUL 



3 KASIH SEHARUM LAVENDER EITA ASHYTA 



4 2 X 5 AREILA SAHIMI 



5 BAJU PENGANTIN MAK ANDAM AREILA SAHIMI 



6 KIRIMKAN AKU MALAIKATMU MULIATI ABDUL 



7 BINI AKU TOMBOY KE? ARISA ERIZA 



8 MENCARI JALAN KE SYURGA HASLIZA ISMAIL 



9 SEPUPUKU SUAMIKU LYNN ALLYNA 



10 JODOH ATAU CINTA IMAN NIZRINA 



11 AD + IZ EURY ATHENA 



12 ANTARA BENCI & RINDU IDA FARISYA 



13 COKE AND SUNDAE ILYA ABDULLAH 



14 KAU MILIKKU AISHA HAMZA 



15 SESUCI KASIH SEORANG ISTERI DZIE TYEA 



16 PENJARA RINDU NIA ARISSA 



17 DOSA SEMALAM ADILLA TASHA 



18 IMAN SURAYA AREILA SAHIMI 



19 LOVIN' YOU HARUNO HANA 



20 AKULAH CINDERELLA NOZI DANISYA 



21 HATI BILA CINTA LYNN ALLYNA 



22 AKU YANG KAU TINGGALKAN ALINA HAIDAR 



23 DOKTOR CINTA DYADILA 



24 KU PERCAYA ADA CINTA RUDY HIRDY 



25 TIADA SEPERTIMU ANITA ARUSZI 



26 PELUKAN CINTA AMISHA DANIA 



27 SEANDAINYA…. RYS AREESA 



28 M.A.I.D SURI RYANA  



29 566 MENCARI CINTA ILYA ABDULLAH 



30 PILIHAN MAMA UMIE NADZIRAH 



31 HADIRMU TAKDIRKU ALINA HAIDAR 



32 SIAPAKAH DI HATIKU ADILLA TASHA 



33 SELAMAT PENGANTIN BARU ISTERIKU NASS ALINA NOAH



34 INGIN KU SENTUH CINTAMU ARYANIE ISMAIL



35 SANGKAR CINTA DIANA DERIN



36 HOT GIMMICK SHASFA ALYAHYA



37 OPS! PINTU HATIKU NORAZ IKHA



38 BUKAN CINTA MONYET HASLIZA ISMAIL



39 KURELA CINTA INI BERTAMU NURIL BAHANUDIN



40 ANAKNYA ANAKKU JUA ANARIF



~ AS OF ON 13 JUNE 2011 @ 2.30AM!!! ~


Saturday 19 March 2011

Novel Kamsiah Abu


~Menggamit Syurga Firdaus~

Natasha dan Zaimir setia membajai cinta pertama. Segalanya bagaikan sempurna. malang sekali cinta mereka kecundang dek badai takdir yang melanda. Kaish yang membunga terlerai diragut tragedi hiba.

natasha berkelana meneruskan kehidupan. Hatinya tawar untuk menerima sebrg cinta lain. Baginya, Zaimir tiada taranya. Cinta Zaimir terlalu agung sehingga tiada siapa yg mampu menandingi. Tetapi haruskan dia menyisihkan setiap cinta yg hadir?

natasha bertambah keliru apabila jodohnya dgn Firdaus - lelaki yg tidak pernah dikenali sama sekali - diaturkan oleh kedua-dua orang tuanya. Tiada daya lg Natasha menolaknya.

Delima hati yg resah bertambah kusut apabila sekali lagi Natasha diuji dgn kehadiran lelaki yang persis Zaimir. Iskandar jejaka kacak yg sudah beristeri seakan sengaja pula mencuri peluang. sesekali natasha terbuai oleh kenangan silam yg sering bertandang, apatah lagi dalam terpaksa dia juga harus berdampingan dgn Iskandar.

Perjalanan cinta Firdaus memburu mahligai kasih bersama natasha bertambah rencam apabila dia sering diujidgn pelbagai dugaan. Teka teki di sebalik jalinan cinta Firdaus dan Natasha mengundang pelbagai prasangka kawan... juga lawan! Pengertian cinta Firdaus hanya mampu ditafsir Natasha, kerana jawapan kepada syurga idaman ada ditangannya.



~Tidak Ku Pinta~

Pengalaman pahit ketika ghairah memupuk cinta pertama bersama Kamal membuatkan Haryati terpaksa membina tembok yang menutup pintu hatinya dari diterjah lagi oleh perasaan cinta dari insan yang bergelar kekasih. Hancur luluh perasaan Haryati bila Kamal menghilangkan diri. Tambah memeritkan apabila peristiwa hitam yang dilalui bersama Kamal sentiasa memburunya sehingga membuatkan Haryati sering lemas sendirian.

Namun hidup mesti diteruskan walau apa pun badai yang melanda. Pemergian ibu bapanya dalam trajedi hiba turut menjadikan Haryati seorang gadis yang cekal menghadapi segala cabaran hidup ini. Bukan lagi cinta yang dikejar tetapi cita-cita yang menjulang tinggi menjadi sasarannya kini.

Dalam menggapai cita-citanya, pintu hati Haryati sering diketuk oleh lelaki yang sentiasa dahagakan cintanya. Dalam kepayahan Haryati terus cuba mempertahankan tembok yang dibina demi menjaga maruah yang sudah tercalar dari terus menghantui hidupnya.

Kecekalan dan kesabaran Haryati di dalam mengharungi hidup tanpa insan-insan yang disayangi menjadi lebih mencabar apabila ketua dan majikannya juga terus-terusan menduga emosi dan perasaannya. Kehadiran Dato’ Johari, seorang lelaki hartawan yang begitu prihatin terhadap liku-liku kehidupan Haryati benar-benar menduga kekuatan Haryati dari terus mengurung hatinya dalam tembok yang dibinanya.

Demi maruah diri, akhirnya Haryati pasrah akan jodohnya, walaupun dia tahu bukan mudah untuk hidup dengan lelaki itu lantaran terlalu banyak perbezaan dan halangan yang membelenggu mereka.

Dapatkah Haryati membina bahgia bersama lelaki yang telah mula dicintai dengan sepenuh jiwa dan raganya, walaupun setelah mengetahui siapa lelaki itu sebenarnya? Bagaimana pula Haryati mahu menepis segala fitnah yang mendatang lantaran Kamal tiba-tiba muncul kembali dalam hidupnya? Hanya “Tidak Ku Pinta” yang akan dapat memberikan jawapannya kerana apa yang berlaku bukanlah hak kita sebagai makhluk Allah untuk menentukannya!




~Seandainya Kau Ada~

Apabila yang diimpikan dan diharapkan tidak menjadi kenyataan walaupun ianya sudah berada di depan mata, Nur Syahirah jadi bagaikan layang-layang putus tali. Nur Syahirah berkelana ke negara yang amat asing baginya kerana membawa hati yang duka lara.

Berbekalkan kecekalan hati dan kekuatan semangat yang masih bersisa, Nur Syahirah cuba membina hidup baru di perantauan. Di dalam kehidupan global tanpa sempadan itu, Nur Syahirah bertemu dengan Isaac.

Perkenalan di alam cyber telah menjadi realiti kehidupan di alam nyata apabila Isaac menjejaki Nur Syahirah di negara yang berlainan benua itu. Cinta yang luhur membawa Isaac mencari Nur Syahirah, gadis yang dipujanya walaupun belum pernah bertentang mata.

Bagaimanapun, Nur Syahirah jadi keliru apabila Iskandar, tiba-tiba muncul antara dia dan Isaac. Amat payah untuk Nur Syahirah menerima cinta Iskandar ataupun Isaac kerana kisah pilu dahulu sentiasa membelenggu hidupnya.

Berkat sabar dan sikapnya yang tidak mudah putus asa, akhirnya Iskandar berjaya mengahwini Nur Syahirah. Dalam kekeliruan mengenali perasaan sendiri, Nur Syahirah pasrah dan berusaha untuk membalas cinta luhur suaminya itu.

Namun, apabila kebahagiaan Nur Syahirah disamping suami tercinta sudah mula menjengah, hati Nur Syahirah diduga lagi. Fazlur, lelaki yang pernah mengecewakannya dahulu kembali menagih perhatian Nur Syahirah.

Walaupun telah berkahwin dengan Rozita, wanita pilihannya, Fazlur masih mengharapkan kehadiran Nur Syahirah semula. Nur Syahirah yang merasakan bahawa Fazlur perlu mendapat sokongan dan perhatiannya, telah menyebabkan Iskandar berada dalam keadaan serba salah. Apakah reaksi Iskandar terhadap isterinya itu?

Hanya SEANDAINYA KAU ADA akan menyingkap semua rahsia, kemelut dan gelora yang telah melanda dan menyelubungi kehidupan Nur Syahirah, Iskandar, Isaac , Fazlur dan Rozita.




~Hanya Kau Yang Tahu~

Demi kasih sayang seorang anak pada ayahnya, Farah rela melakukan apa sahaja asalkan ayahnya tidak dicampakkan ke dalam penjara oleh majikannya.


Manakala Daniel Harith seorang tokoh korporat muda yang kaya raya, namun sudah bosan dengan kerenah teman wanitanya Munirah Samad, dengan senang hatinya mengambil peluang itu apabila Farah datang merayu padanya supaya melepaskan ayahnya.


Dengan status Daniel Harith yang masih bujang tetapi terkenal sebagai seorang kasanova dan playboy, telah dalam sekelip mata menjadikan kehidupan Farah huru hara, apabila dia terpaksa berpura-pura menjadi kekasih terbaharu Daniel Harith, sebagaimana yang dirancangkan oleh lelaki itu.


Farah sudah tidak ada pilihan lain iaitu samada meneruskan episode lakonan bodoh itu atau pun membiarkan ayahnya didakwa oleh majikannya. Namun kedua-duanya amat menyiksakan Farah, lebih-lebih lagi Daniel Harith adalah lelaki yang tidak berhati perut, yang hanya mementingkan diri sendiri sahaja tanpa mahu ambil peduli akan perasaan orang lain.


Cemuhan dan sindiran bagaikan sudah mula menjadi makanan Farah apabila Daniel Harith seolah sengaja mahu hubungan yang dirancangnya itu menjadi gelombang sunami yang menggegarkan syarikat di mana Farah bekerja.


Rasa pahit dan pedih yang mencengkam hati Farah menjadi bertambah parah apabila peluang peningkatan kerjayanya hancur musnah dan peluangnya untuk membina bahagia bersama Rizal, lelaki yang mula bertahta di hatinya turut menemui jalan buntu. Manakala Daniel Harith pula telah terang-terangan memberitahunya yang dia tidak akan terpikat dengan gadis remaja yang masih hingusan seperti Farah.


Farah benar-benar merasakan hidupnya telah musnah dan tidak mampu lagi menanggung segala derita apabila Daniel Harith seolah dengan sengaja melarikan diri dan membiarkan Farah terkapar-kapar sendirian, memujuk hati yang semakin gersang ketika gelombang sunami mengenai gossip mereka bertambah hangat bergelora, Manakala Munirah Samad pula tidak melepaskan peluang untuk lebih menyiksa perasaan Farah semasa ketiadaan Daniel Harith itu.


Dapatkah Farah terus bertahan dengan derita yang semakin mencengkam hatinya dan dapatkah dia membina bahgia bersama orang yang disayang? Tegakah Farah melarikan dirinya dari kehidupan lelaki kasanova bernama Daniel Harith itu? Hanya Kau Yang Tahuakan dapat menyingkap semua rahsia yang seolah memenjarakan Farah dalam penderitaan yang entah bilakah akan berakhir.


Bukan Terlarang~Nur Hazma


Maisara merenung lama wajah Imran yang sedang lena, lelaki yang terpaksa dikahwininya. Sememangnya hati Maisara rela bersuamikan Imran. Sejak zaman sekolah lagi dia mencintai Imran. Namun, cinta itu tetap menjadi rahsia hatinya.


Sesungguhnya, Maisara menyintai lelaki itu sepenuh jiwa raganya dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dgn rela sedangkan Imran menganggapnya tidak lebih daripada seorg sahabat baik. Perkahwinan mereka pun atas dasar terpaksa. Cinta Imran hanyalah utk Tina.


Kemesraan Imran terhadapnya sebagai pasangan suami isteri hanyalah sebuah lakonan semata-mata, demi menjaga hati emaknya yang amat menyayangi Maisara sbg seorang menantu. Namun, Maisara tidak tahu sampai bila dia mampu bertahan, merelakan dirinya seumpama pohon yang semakin layu kerana tidak disiram. Dia mahukan keadilan utk diri dan maruahnya sebagai wanita.


Mampukah dia meraih cinta Imran atau akan berkuburkah perkahwinan mereka seperti yang telah dirancang oleh Imran?


~ Baru jer abis baca novel nie,best gak keseluruhannya~



Wednesday 16 March 2011

Pilihan Mama ~ Umie Nadzimah [ Kaki Novel Ent ]


Akan Datang ~ April 2011

“PENAT betul rasa badan ni mama. Banyak betul projek baru kena handle.”

“Sebab tu anak mama lambat benar sampai rumah hari ini?”

“Man lambat sebab jalan jam la… ma. Dari HUKM tadi, melawat Rahman, assistant Man kat office tu. Kesian dia ma. Sakit teruk. Lembik badannya. Tapi doktor tak dapat kesan sebarang penyakit pun. Doktor kata dia stress, mungkin banyak sangat kerja.”

“Stress kerja? Man buli dia teruk sangat ke? Kesian budak tu.”
“Tak ada la… ma. Kita kerja in group, mana ada buli-buli. Walaupun banyak projek tapi masih boleh rehat. Boleh ambil cuti juga kalau nak.”

“Habis tu… kenapa Rahman sampai sakit macam tu? Janganlah jadi pada anak mama pula.”

“Hish… mama ni, janganlah minta macam tu. Setiap kata-kata ibu tu satu doa, tau!”

“Haah… la. Mama selalu terlupa. Bukan apa Man, mama risau kalau jadi apa-apa pada Man. Mama nikan ada anak seorang saja. Dialah intan, dialah payung mama.”

“Ada ke samakan Man dengan payung? Payung tu murah je ma. RM15 boleh dapat yang berkualiti, tau. Mama jangan risaulah. Man ni dah terlebih umur dah. Pandai-pandailah Man jaga diri sendiri. Di hospital tadi, Man jumpa ibu bapa Rahman. Mereka cuba juga berubat dengan ustaz di Bangi tu, ma. Dah beberapa kali juga mereka pergi. Yelah… Rahman pun dah dekat sebulan sakit.”

“Ada benda-benda tak baik mengganggu dia ke Man? Ada yang dengkikan dia ke?”

“Entahlah ma, kata mereka Rahman terkena buatan orang, tapi salah tuju. Bukan untuk dia. Untuk orang lain, tapi dia yang kena. Man tak tahulah nak kata apa. Antara percaya dengan tidak. Tapi biarlah mereka berusaha. Mudah-mudahan sihat.”

“Itulah… jangan suka makan sembarangan makanan yang orang bagi. Terutamanya jika kita tak kenal… jangan terus makan aje. Pilih-pilih sikit makanan tu. Hati-hati.”

“Yelah mama. Haah… la, Rahman tu memang suka makan. Pantang tengok makanan… dia rembat. Makanan Man selalu habis, ma. Kadang-kadang bekal yang mama buat tu pun tak sempat nak rasa. Kalau makanan yang orang bagi, tak kisahlah. Tapi kalau yang mama bekalkan jegil jugalah mata ni.”

“Selalu ke orang bagi makanan Man? Kalau dari orang tak kenal jangan makan, tau.”

“Taklah… mana Man pernah makan. Haah la… Man baru perasan, sejak kebelakangan ni Man selalu dapat sarapan free. Ingatkan Aliah yang belikan, sebab kalau dia nampak Man sibuk dia selalu sediakan. Bila tanya, dia kata takde pula. Tapi semua makanan tu Rahman yang telan. Satu pun Man tak rasa.”

“Mama risaulah, Man. Sekarang ni macam-macam orang ada. Tak dapat secara baik mereka guna cara halus. Masih ada lagi orang yang guna cara-cara kotor ni. Ingatkan zaman dulu-dulu je orang guna cara ni. Tapi sekarang ni di tengah-tengah bandar KL ni pun ada. Kalau di ceruk kampung orang asli sana tu logik juga.”

“Mama ni… kat KL ni lagi ramai orang busuk hati tau! Mama nak nasihatkan Man supaya hati-hati, mama pun kena beringat juga. Tengok sepupu mama tu, boleh dikatakan hari-hari datang. Mesti ada udang di sebalik batu.”

“Mak Cik Zai kau tu, bukan nak mencari udang lagi tapi nak cari orang bujang yang dah nak terlajak ni jadi menantu. Tu yang tak jemu-jemu dia bertandang. Ini pun satu masalah juga. Mama ni banyak kelas agama nak pergi. Kalau awal lagi dia dah sampai… takkan mama nak halau pula. Banyak dah kelas mama miss ni.”

“Habis tu… apa boleh Man tolong ma?”

“Kahwinlah cepat-cepat. Selesai banyak masalah.”

“Yelah… yelah. Nanti-nanti Man kahwin. Selesailah semua masalah mama. Man naik mandi dulu… dah busuk sangat dah ni....”

“Tengok tu… mama sebut je pasal kahwin, cepat-cepat dia nak pergi. Macam mana? Usia kita ni makin hari makin meningkat. Bilalah agaknya…”

“Mama nak dapat menantu, nak timang cucu.”

Mama menjeling, aku ketawa sambil mengatur langkah menuju ke bilik untuk membersihkan diri. Kesian juga mama. Betul-betul mengharap. Bilalah aku dapat menunaikan hajat mama ini? Detik ini,  aku tiada jawapan….

CERITA Rahman tidak habis di situ sahaja. Di pejabat heboh diperkatakan kononnya ada yang menggunakan khidmat mistik untuk mencapai hajat peribadi. Si malang Rahman yang menjadi mangsa. Jika kena kepada sasaran, orang yang dihajati boleh dimiliki!
Entahlah… aku antara hendak percaya atau tidak. Boleh juga jadi begitu? Bukankah syirik jika mempercayainya? Sakit itu datangnya dari Allah SWT.  Dia sahaja yang berhak! Manusia tidak mempunyai kuasa. Menjadi penyebab atau perantara, mungkin betul. Akan tetapi cerita-cerita gosip ni bukan boleh percaya sangat. Perkara seinci jadi seratus kaki. Satu sentimeter menjadi seratus meter. Sebenarnya, aku tidaklah dengar sangat. Cuma di hujung-hujung telinga sahaja… terdengar pekerja bawahan bercerita. Selebihnya faham-faham sendiri sahaja.

Kalau betul pun apa yang berlaku ini, terasa kelakar pula. Masih ada rupanya benda-benda macam ini pada zaman serba canggih ini? Zaman manusia satu dunia boleh berhubung dalam sekelip mata sahaja. Ada lagi agaknya bomoh-bomoh atau pawang yang membantu proses jahat ini. Tidak terjangkau akal dan fikiranku bagaimana mereka melakukannya.
Setahu aku, pekerja-pekerja yang terpilih untuk bekerja di syarikat tempat aku berkhidmat telah disaring dengan begitu ketat. Hanya yang betul-betul layak dan terbaik sahaja yang berjaya. Hampir keseluruhan pekerja mempunyai kelulusan dan kualiti yang bagus. Tidak sangka pula, ada yang percaya kepada kuasa-kuasa sihir atau alam lain. Seorang pekerja syarikat makanan antarabangsa berjenama terkenal menggunakan khidmat pawang? Kelakar… apa yang dikejar? Apa yang dicari? Sehingga seperti melupakan Tuhan? Sungguh… aku tiada jawapan.

Namun, berita tidak sahih yang baru aku dengar sungguh menggugat ketenangan fikiran untuk beberapa hari. Nama Encik Aiman, Pengurus Kanan Bahagian Jualan dan Promosi telah dikaitkan sebagai sasaran orang tersebut! Berdegup kencang juga jantungku seketika. Apa pasal namaku pula yang dikaitkan? Aku yang jarang mempedulikan bual kosong orang lain, dikaitkan juga? Aku yang sentiasa bermuka serius dan sepanjang masa tekun dengan kerja-kerja pejabat juga boleh digosipkan?  Hish… tak faham dengan dunia ini!

Sofia dikatakan menjadi punca kepada segala masalah. Dia telah menggunakan ilmu hitam dengan menghantar sesuatu melalui sarapan yang dititipkan untukku setiap pagi. Namun makanan tersebut tidak pernah kujamah walaupun sedikit. Maka, nasib malang tersebut terkena kepada Rahman yang pantang melihat ada makanan di pantri jabatan. Biasanya, aku akan menyuruh Aliah meletakkan makanan yang aku tidak mahu di sudut tersebut, khas untuk sesiapa sahaja yang merasa lapar. Di situ, sesiapa yang ternampak ada makanan, bermakna rezeki dialah hari itu kerana peraturannya adalah percuma dilihat dan dimakan. Tidak baik membazir. Tempat itu jugalah menjadi pelabuhan bergosip terutamanya bagi kaum perempuan!

Alahai Sofia, jika benar apa yang diperkatakan orang… bawalah bertaubat nasuha. Jangan diulangi lagi perkara-perkara jijik begini. Amat besar dosanya! Kasihanilah Rahman yang terlantar di hospital. Sedih bila melihat ibunya yang meratapi kesakitan yang ditanggung oleh anaknya. Sedih bila melihat ayahnya yang amat sugul bimbang keadaan anak yang semakin kritikal.

Jangan terlalu berani, Sofia. Banyakkan mengingati Tuhan. Selawat ke atas nabi-nabi jangan dilupa. Hati akan lebih tenang, petunjuk dan hidayah pun akan lebih mudah datang. Cara jahat begini bukan penyelesaiannya. Cinta tidak semestinya dimiliki. Walaupun payah, hidup mesti diharungi. Biarlah seiring dengan jalan yang diredai. Bukan jalan gelap dan hitam.

Namun, jika apa yang dihebahkan orang ini tidak benar… bersabarlah Sofia. Inilah yang dikatakan fitrah manusia. Mulut boleh memperkatakan apa-apa sahaja. Sebabnya, dia terlalu senang dibuka manusia. Tidak perlu menggunakan tangan atau tenaga yang banyak.
Sebetulnya aku amat runsing pada mulanya bila nama aku dikaitkan dengan kejadian Rahman, makanan Sofia dan ilmu mistik. Tetapi bila difikir-fikir balik, untuk apa aku harus membuang masa pada perkara-perkara yang tiada jawapan… emosi aku kembali tenang. Jika mama tahu cerita ini, bagaimana agaknya? Sedikit sebanyak aku dapat mengagak apakah tindak balasnya. Harap-harap, janganlah sampai ke telinganya mengenai cerita-cerita yang tidak pasti ini. Kesian pula mama nanti kerana terpaksa memikirkan jalan penyelesaian kepada masalah rumit ini.

Ingin siapa Pilihan Mama? Jangan lepaskan peluang untuk memiliki novel ini APRIL2011 nanti!!!

“Restu mu...mengiringi bahagia hingga ke hujung nyawa....”

TERBITAN: KAKI NOVEL ENTERPRISE
PENULIS: UMIE NADZIMAH
ISBN: 978-967-5067-69-3
SEMENANJUNG: RM 18.00
SABAH/SARAWAK: RM 21.00
JUMLAH M/S: 428